InsyaAllah dalam thread ni saya akan letakkan
info-info yang berkaitan dengan ilmu tajwid. Jadi untuk info yang
pertama ialah tentang Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid.
Pengenalan Ilmu Tajwid
Sebelum
kita mula mempelajari ilmu tajwid,sebaiknya kita memahami terlebih
dahulu bahawa setiap ilmu mempunyai 10 asas yang menjadi dasar pemikiran
kita.Di bawah ini saya kemukakan 10 asas ilmu tajwid.
1. Pengertian tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu
Menurut
istilah ilmu tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat
mendatangnya.
2. Hukumnya : Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu
kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid
ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran
4.
Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait
dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis
rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
5. Penyusunnya : Imam-imam qira’at.
6.Faedahnya
: Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan
keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.
7.
Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Dalil dari
al-Quran ialah dari surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : ” Bacalah
al-Quran itu dengan secara tartil”
Tartil bermaksud bacaan lambat
dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan
memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan
dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.Manakala
makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui
tempat berhenti.
Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara
tepat sebagaimana ia diturunkan”.
8. Namanya : Ilmu Tajwid
9.
Masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara
bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum
cabangan.
10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan
membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar
dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t
Khamis, 20 Jun 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Borang tempahan khidmat Guru Al-Quran ke rumah anda ( Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN !!!):
Emelkan maklumat dibawah ke " Penyelia.HQ@gmail.com " ATAU hantar melalui ruang komen dibawah sekali :
==================================================
Tajuk/Email Title: " Tempahan Guru Al-Quran / Mandarin "
Isi emel/content:
- Nama penuh anda/pelajar :
- No. Tel anda :
- E-mel anda :
- Jenis Kelas? : (Mandarin? / Quran?)
- Kategori? : (Dewasa ATAU Kanak-Kanak ATAU Keluarga? Lelaki ATAU Wanita?)
- Hari pengajian yang diingini : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian : (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)
- Adakah anda berminat untuk belajar Quran secara online: ( Ya / Tidak )
- Jika ya, nyatakan medium pembelajaran yang diingini: (YM? FB? Skype? Whatsapp? Line?)
- Alamat rumah pelajar: (Kelas akan dibuat secara online jika alamat rumah tidak diisi)
- Negeri anda : (e.g Sarawak)
==================================================