Ads 468x60px

Jumaat, 12 Disember 2014

Makanan Neraka Bertaraf VVIP

Imam al-Qurtubi menceritakan dalam tafsirnya kisah berikut. Ia berkenaan Imam Ahli Basrah yang bernama al-Hasan bin Abi Hasan al-Basri (w. 110H).

Suatu petang, al-Hasan sedang menunggu saat-saat waktu berbuka puasa. Makanan telah pun siap terhidang di hadapannya. Tiba-tiba beliau teringat ayat ini:

Sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan Neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan (za ihussah) dan azab yang pedih. (Surah al-Muzzammil 73: 12-13)

Beliau menjadi tidak berselera untuk makan. Beliau berkata, “Angkatlah makanan ini.”

Pada keesokan harinya, al-Hasan meneruskan puasanya. Apabila tiba waktu berbuka, sekali lagi beliau teringat kembali ayat itu dan tidak berselera untuk makan. Beliau berkata, “Angkatlah makanan ini.”

Hal yang sama berlaku pada hari ketiga. Dengan demikian, sudah tiga hari beliau tidak makan apa-apa.

Melihat keadaan itu, anak beliau segera menemui para ulama Basrah, Thabit al-Bunani, Yazid al-Dabbi dan Yahya al-Bakka. Mereka segera ke rumah al-Hasan dan terus merayu kepadanya supaya ia makan. Setelah beberapa lama, akhirnya al-Hasan menghirup sedikit kuah sup.[1]

Membayangkan Makanan Ahli Neraka

Apa sebenarnya yang berada di fikiran Hasan al-Basri apabila membaca ayat ini? Saya juga tidak tahu hakikatnya. Namun jika saya boleh andaikan, fikiran beliau ketika itu pasti dipenuhi dengan imej ahli Neraka yang sedang tercekik apabila melahap makanan Neraka. Makanan itu tidak boleh turun ke perut, namun tidak juga boleh dimuntahkan. Mereka tersedak dalam keadaan yang sangat menyeksakan. Itulah makna “ta’am zi ghussah” (makanan yang tersumbat di dalam kerongkong) dalam ayat di atas.

Ayat ini, bersama beberapa ayat lain yang menyebut berkenaan makanan dan minuman di Neraka, memberi isyarat bahawa ahli Neraka berasa lapar dan dahaga sebagai seksaan bagi mereka. Lapar dan haus yang mereka rasakan jauh lebih menyeksa daripada yang dirasakan oleh orang yang mati kebuluran di dunia ini.

Sebuah hadis panjang, riwayat at-Tirmizi menyebut perkara itu dengan sangat jelas. Daripada Abu al-Darda, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Akan dicampakkan perasaan lapar kepada ahli Neraka. Maka ia (rasa lapar itu) menyamai azab seksa yang sedang mereka rasai.”

Bentuk Seksaan

Jika kita renungkan, “makanan” ahli Neraka sebenarnya bukankah makanan. Ia sama sekali tidak memiliki sifat-sifat makanan yang dapat menghilangkan lapar dan dahaga. Malah, ia sebenarnya hanya satu bentuk seksaan untuk sistem dalaman tubuh mereka.

Pelbagai ayat dan hadis menceritakan bahawa setelah ahli Neraka melahap makanan atau meneguk minuman, maka kesakitan merebak ke seluruh tubuh mereka.

Perhatikan firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim (14) ayat 17 ini, “Ia (ahli Neraka) meminum air nanah itu dengan susah payah, hampir ia tidak dapat menelannya. Maka datanglah maut dari segenap penjuru, namun ia tidak akan mati. Di hadapannya masih ada azab yang sangat berat.”

Ayat ini menjelaskan bahawa keadaannya setelah menyantap minuman Neraka ini seperti orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut. Kesakitan terasa di seluruh bahagian tubuhnya walaupun di bahagian tubuh yang terkecil.

Ibrahim al-Taymi berkata, “Kesakitan sakaratulmaut mendatangi ahli Neraka dari setiap bahagian tubuhnya. Bahkan dari hujung-hujung rambutnya kerana kesakitan yang terasa di sekujur badannya.

Keadaan ini terus berlaku sepanjang keberadaan di dalam Neraka. Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya berkata, “Keadaan orang kafir di dalam Neraka seperti keadaan orang yang terus menerus mengalami sakaratulmaut tanpa henti.”[2]

Maknanya, ahli Neraka tidak akan berasa kenikmatan walaupun hanya sesaat, sepertimana ahli Syurga tidak akan merasa kesusahan walaupun hanya sedikit.
Pohon Zaqqum
Al-Quran menyebut beberapa benda yang akan menjadi “makanan dan minuman” ahli Neraka antaranya ialah Zaqqum, Ghislin, Ghassaq, Hamim dan Dari’. Menurut az-Zamakhsyari dalam Tafsir al-Kasyaf, setiap makanan ini telah disediakan untuk kelas-kelas tertentu daripada ahli Neraka sesuai dengan dosa-dosa mereka.

Penjelasan tentang semua ini sangat panjang. Maka pada kesempatan ini, saya hanya akan berbincang tentang salah satu daripadanya sahaja iaitu Zaqqum.

Zaqqum

Dari segi bahasa, Zaqqum ialah nama untuk setiap makanan beracun yang dapat membunuh orang yang memakannya. Demikianlah sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab daripada Tha’lab, seorang pakar bahasa Arab.

Menurut Imam Abu Hanifah dan Qutrub, Zaqqum sebenarnya ialah nama sebatang pokok yang tumbuh di negeri Tihamah yang kering dan panas. Baunya sangat busuk, daunnya berbentu bulat dan kecil. Ia mengeluarkan getah berwarna putih yang jika terkena kulit manusia akan menyebabkan bengkak-bengkak. Jika dimakan, biasanya boleh mengakibatkan kematian.

Al-Quran menyebut pohon ini beberapa kali. Salah satunya dalam firman Allah SWT, maksudnya:

“Sesungguhnya pohon Zaqqum itu makanan orang yang banyak berbuat dosa. (Ia) seperti keruhan minyak yang mendidih di dalam perut.” (Surah ad-Dukhan 44: 43-45)

Semasa pertama kali mendengar nama pohon ini, ahli Makkah tidak mengenalinya kerana ia tidak tumbuh di negeri mereka. Oleh sebab itu, Abu Jahal mempersendakan sambil berkata kepada teman-temannya, “Tahukah kamu, apa itu Zaqqum? Ia adalah kurma yang dicampur dengan mentega.” Mereka lalu makan kurma dan mentega sambil tertawa-tawa.

Allah SWT lalu menjelaskan melalui firman-Nya:

“Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar Neraka yang menyala. Mayang (buahnya) seperti kepala-kepala syaitan.” (Surah ash-Shaffat 37: 64-65)

Oleh sebab Neraka dipenuhi api, maka pohon Zaqqum tumbuh daripada inti api itu. Pohon ini tidak terbakar oleh api kerana ia sama jenis dengan api. Akarnya menjalar dari dasar Jahannam, lalu cabang-cabangnya menyebar hingga ke semua tingkat Neraka.

Ia bermayang seperti pohon kurma, namun rupa buahnya sangat menyeramkan seperti kepala syaitan. Disamakan dengan syaitan kerana ia merupakan personafikasi keburukan yang tidak mengandungi kebaikan sedikit pun dalamnya, menurut Imam az-Zamakhsyari.[4]

Lapar dan Dahaga

Jika pohon ini begitu menyeramkan, mengapa ahli Neraka tetap mendatangi dan memakan buahnya? Jawapannya ialah kerana mereka berasa lapar yang teramat sangat dan tidak menemui pilihan lain. Ahli Neraka bukan sahaja memakannya, malah memenuhkan perut mereka dengannya.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang yang sesat lagi mendustakan (hari Akhirat), benar-benar akan memakan daripada pohon Zaqqum, dan akan memenuhkan perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sedang kehausan. (Surah al-Waqi’ah 56: 51-55)

Az-Zamakhsyari berkata, “Makna ayat ini, ahli Neraka akan berasa lapar yang teramat sangat sehingga memaksa mereka untuk memakan buah Zaqqum yang rasanya seperti minyak panas. Apabila buah-buah itu memenuhi perut mereka, tiba-tiba mereka menjadi sangat haus kerana kepanasannya. Lalu mereka terpaksa meminum timah cair yang sangat panas sehinga terputus usus-usus perut mereka.”[5]

Dalam hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Andai setitik daripada buah Zaqqum terjatuh ke lautan dunia, nescaya musnah semua kehidupan yang terdapat di dalamnya. Maka, bayangkanlah bagaimana jika seseorang memakannya?”[6]

Ketakutan

Seseorang yang membaca al-Quran dengan pemahaman yang mendalam, diiringi dengan iman doa khusyuk seperti yang dilakukan oleh Imam Hasan al-Basri, maka seolah-olah ia menyaksikan seksaan ini dengan matanya. Lalu, mungkinkah ia dapat makan dan minum dengan penuh berselera?

Hasan al-Basri juga terkenal sebagai seorang tokoh yang selalu dikuasai rasa takut (khauf) kepada hari Akhirat. Dosa-dosanya selalu berada di depan mata. Oleh sebab takutkan dosa-dosanya, beliau khuatir makanan yang dimakannya menjadi makanan ahli Neraka yang tidak dapat ditelan ataupun dimuntahkan.

Beginilah akhlak ulama salaf kita terdahulu sebagai warisan daripada Rasulullah SAW. Dalam hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Andai engkau mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Demi Allah, hati kita tidak seperti hati mereka. Apabila membaca ayat-ayat yang menceritakan azab Neraka, kita masih boleh makan dengan lahapnya. Kita masih boleh tertawa dan bersenda gurau.

Semoga Allah SWT mengampuni kelalaian hati kita dan tidak menghukum kita kerananya. Semoga Allah SWT mengisi hati kita dengan keyakinan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Amin ya Rabbal ‘alamin.





Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Al-Quran terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner
belajar al quran online belajar mengaji al quran belajar tajwid al quran belajar tarannum al quran belajar membaca al quran belajar bahasa al quran belajar baca al quran belajar quran belajar membaca al quran online cara mudah belajar al quran belajar mengaji al quran online belajar alquran cara belajar al quran mari belajar al quran belajar mukadam kelas belajar al quran software belajar membaca al quran alquran.com alquram belajar al quran percuma www.alquraan belajar quran al baghdadi hukum belajar al quran belajar tafsir al quran belajar al quran bertajwid al quaraan belajar menghafal al quran aplikasi belajar al quran belajar baca al quran online al quram alqoran downloads al quran search al quran al_qur an alquraan.com software belajar al quran belajar murotal al quran belajar al quran digital belajar baca al quran cepat al qoraan al qauran قرانً a lquran alqaran alqoraan alqran.com alquoran alkuran.com qurqn.com www.qouran qurañ alquron alqurane belajar al qur an qraan.com quram.com www.alkuran alqurran belajar al quran cepat belajar al quran download belajar al quran mp3 pentingnya belajar al quran youtube belajar al quran belajar ngaji al quran hadist belajar al quran metode belajar al quran belajar menulis al quran al qurian alkoran al koran al quoran al kouran al-quraan.org www.al kuran.com el quoran qur aan.com full qu ran www.qu ran www.qurqn جوجل قران www.quram www.qurhan www.quraan qruan.com www.alqran qeran.com qurana.com www.qeran www.alguran ققران kelas al quran dewasa kelas mengaji al quran kelas pengajian al quran kelas alquran kelas tafsir al quran kelas al quran al baghdadi kelas kemahiran al quran kelas membaca al quran kelas talaqqi al quran jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran,

KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Sebarkanlah Ilmu Al-Quran !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Borang tempahan khidmat Guru Al-Quran ke rumah anda (Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN):

Emelkan maklumat dibawah ke " BursaCourse@gmail.com " ATAU hantar melalui ruang komen dibawah sekali :

==================================================

Tajuk/Email Title: " Tempahan Guru Al-Quran "

Isi emel/content:

- Nama penuh anda/pelajar :
- No. Tel anda :
- E-mel anda :

- Anda ingin sertai Kategori? : (Dewasa ATAU Kanak-Kanak ? Lelaki ATAU Wanita?)

- Hari pengajian yang diingini : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian : (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)


- Adakah anda berminat untuk belajar Quran secara online: ( Ya / Tidak )
- Jika ya, nyatakan medium pembelajaran yang diingini: (YM? FB? Skype? Whatsapp? Line?)


- Alamat rumah pelajar: (Kelas akan dibuat secara online jika alamat rumah tidak diisi)
- Negeri anda : (e.g Brunei)

==================================================