Ads 468x60px

Rabu, 23 April 2014

Hudud : Rogol

Sebenarnya inilah dilema hukum Hudud di dalam Islam untuk zaman moden. Ramai golongan Muslim di negara lain yang mana ulama mereka sangat konservatif dan mentafsirkan perundangan syariah secara literal dan bergantung pada sejarah Islam, mereka tidak ada masalah dalam hal ini. Ini kerana dalam Syariah Islamiyah berkenaan "ROGOL", tidak ada langsung dalam aspek Jenayah di dalam Hudud yang menerangkan perihal "ROGOL".

Pendek kata, "ROGOL" tidak wujud dalam kamus Islam. Ini bertitik tolak pada sejarah Islam yang berkembang di Timur Tengah di mana budaya Arab ialah mengaitkan Seks sebagai perbuatan lelaki sahaja (tidak perlu consent atau persetujuan pihak wanita). Yang ditekankan oleh Islam ketika ia datang untuk memberi ketamadunan kepada Jahiliyah Arab ialah berkenaan Seks yang halal dan seks yang haram (ZINA) sahaja. Tetapi tiada istilah rogol di sini. Seks diertikan dalam syariah sebagai apabila kepala hasyafah (kepala zakar) dimasukkan ke dalam faraj wanita.

Di mana jika ia dilakukan ke atas isteri/hamba sahaya/tawanan perang yang telah dimiliki, maka ia halal. Jika selain itu, maka ia adalah haram dan dinamakan zina. Dan zina ini pula bukan hanya tertakluk pada si lelaki tetapi juga pada si wanita. Dan kedua-duanya akan dihukum bergantung pada soal bagaimana ia disabitkan kesalahannya (melalui 4 orang saksi atau si pelaku yang mengaku terang2an di hadapan hakim). Soal "Consent" atau "Persejutuan" pihak wanita tidak wujud di sini. Jika persetubuhan itu berlaku, sama ada ia dipaksa atau tidak, wanita tersebut juga disabitkan kesalahan zina. Sosibudaya masyarakat Arab tidak mengenali erti consent atau persetujuan wanita dalam persetubuhan. Ia hanya muncul dan di bawa oleh ketamadunan Barat dalam dunia moden.

Secara ringkas prinsipnya, jika ada seorang lelaki memaksa seks kepada isteri atau hamba sahayanya, maka wanita2 tersebut wajib untuk mengikuti apa kehendak suami/tuannya tersebut. Jika tidak ia berdosa. Tetapi hukum ini adalah tertakluk pada wanita yang sah disetubuhi. Jika ia berlaku dalam pada seorang lelaki memaksa seks ke atas perempuan yang tidak halal baginya, "perkataan rogol" tidak wujud di situ. Yang ada hanyalah zina dan ia melibatkan kesalahan kedua2nya (pelaku dan yang dilakukan ke atasnya).

Dan inilah yang berlaku dalam banyak sejarah perundangan Islam di mana wanita yang dirogol juga disabitkan sebagai kesalahan zina. Mengambil bagaimana kesalahan Zina disabitkan, ia bermula pada sejarah di mana Saidatina A'ishah ra yang telah dituduh kaum munafiq kerana telah berzina dengan sahabat bernama Safwan ibnu a- Muattal as-Sullami di dalam perjalanan pulang musafirnya. Maka dengan sebab sewenang2nya ummul mukminin telah difitnah, maka ayat larangan memfitnah (al-Israa: 32) telah turun dan ini memberi ruang kepada wujudnya pula hukum Qazaf untuk mengelakkan fitnah ke atas perlakuan zina dielakkan di mana 4 orang saksi yang adil, tidak melakukan dosa2 besar dan kecil secara berterusan untuk melihat kepala hasyafah dalam faraj baharulah kesalahan itu disabitkan.

Ini memberi ruang positif kepada konsep Taubat di kalangan para penzina di mana ketika zaman Rasulullah saw dahulu, tidak ada satupun kesalahan zina berjaya disabitkan oleh 4 orang saksi melainkan ia diakui sendiri oleh si penzina lantaran ingin menyucikan dosa2nya. Ditambah pula turunnya ayat larangan mengintip mencari2 kesalahan orang lain (al-Hujurat: 12), wujudnya 4 orang saksi untuk mensabitkan kesalahan zina tidak menjadi suatu realiti. Yang boleh disabitkan hanyalah akuan si pelaku sendiri.

Sementara ulama menerangkan betapa indahnya cara Allah menutup keaiban pelaku zina agar mereka sendiri bertaubat, mereka seolah2 terlepas pandang terhadap perlakuan persetubuhan yang dilakukan secara paksa oleh seorang lelaki ke atas wanita di mana kosa kata lainnya ialah "Rogol". Dalam keadaan ini, si perempuan yang telah dirogol tidak boleh memberi tahu kepada hakim bahawa dia disetubuhi (perkataan rogol tidak wujud) si polan kerana kelak dirinya sendiri akan disabitkan kesalahan atas mengakui bersetubuh (sama ada ia setuju atau tidak, ia tidak menjadi isu) tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Dia hanya akan berjaya mensabitkan kesalahan itu kepada di "perogolnya" jika wujudnya 4 orang saksi yang adil yang melihat perbuatan tersebut. Tetapi malangnya dia juga akan disabitkan kesalahan.

Akhirnya mangsa wanita mengambil pendekatan berdiam diri sahaja tetapi jika dia hamil atas kejadian tersebut sementara dia tidak terikat pada perkahwinan dengan lelaki lain, dia akan di bawa ke muka pengadilan dan diminta untuk bersaksi atas kesalahan tersebut dan akan dikenakan hukuman Hudud. Si perogol tersebut akan tetap terlepas. Dan jika mana2 mangsa atau ahli keluarga mangsa yang cuba mensabitkan kesalahan pada si perogol, mereka juga akan disabit kesalahan Qazaf yakni memfitnah si perogol itu berzina tanpa bukti. Kesalahannya ialah 80 kali sebatan di khalayak ramai.

Inilah realiti sebenar hukum Hudud di mana ketika zaman tumbangnya empayar Islam, dan ketamadunan Barat mula mengambil alih perundangan Syariah, maka jenayah rogol mula diperkenalkan. Apabila konsep rogol mula sebati dalam kamus hidup umat Islam, terdapat ulama yang meletakkan rogol sebagai kesalahan baru yang wujud dalam hukum Takzir kerana ia tidak disebut oleh Hudud.

Kesalahan2 di dalam hukum Takzir bergantung kepada pemerintah atau kerajaan yang menetapkan bagaimana ia perlu disabitkan dan juga apakah hukuman yang perlu dilaksanakan. Ia tidak boleh dikira sebagai Hudud kerana Hudud sama seperti Qisas adalah hukum yang termaktub di dalam al-Quran dan dianggap sebagai jenayah besar sepanjang zaman (zina, mencuri, minum arak, murtad) . Sedangkan Takzir adalah jenayah2 minor yang wujud dalam kehidupan manusia bergantung pada budaya, tempat dan zaman (cth: buang sampah merata2, langgar undang2 lalulintas, membuat kekecohan di tempat awam).

Oleh sebab jenayah rogol diletakkan di bawah Takzir, maka hukumannya juga lebih ringan dan berbeza2 mengikut kehendak pemerintah seperti didenda, dipenjarakan untuk beberapa waktu, melakukan kerja2 berat, diarak sambil diconteng muka di khalayak ramai, dibuang negeri. Hukuman pada kesalahan Takzir tidak boleh menggunakan kaedah hukuman pada Hudud seperti memotong tangan, sebatan, rejam sampai mati, pancung. Sebab itu dalam negara yang mengamalkan syariah yang meletakkan rogol pada takzir, ada berita di mana seorang wanita diperkosa oleh ramai lelaki tetapi perogol2 tersebut hanya dikenakan hukuman denda sahaja ats mencederakan wanita tersebut tetapi selepas didapati wanita itu mengandung dan tidak mampu untuk menentukan siapa perogolnya, dia pula dikenakan hukuman hudud!

Walaupun umat Islam mula mengenali konsep rogol pada zaman pasca pertembungan dunia barat-timur, masih terdapat ulama2 dan komuniti2 Islam di seluruh dunia yang tidak mengenali jenayah rogol. Ia melihat seks secara paksa atau tidak adalah haram jika ia dilakukan oleh dua orang yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan ia adalah zina. Inilah yang berlaku di negara2 Islam yang melakukan hukuman Hudud tetapi tidak mengenali erti rogol.

Bagi kita penganut Islam di Malaysia adalah salah satu penganut Islam yang kontemporari dalam bidang Syariah Islamiyah di mana kita mengamalkan syariah secara moderate sahaja dan lebih difokuskan pada perihal Ibadah dan kehidupan seharian lain seperti Nikah, Taharah, Pemakanan Halal, Sembelihan dsb. Dengan penjajahan Barat juga menyebabkan pemikiran kita lebih menyerupai masyarakat Barat dalam aspek jenayah dalam masyarakat dan kita tidak tertakluk pada sosiobudaya masyarakat Timur Tengah yang jauh berbeza daripada pemikiran dan kebudayaan ketimuran kita dalam aspek adat dan kemasyarakatan.

Melihat perkembangan hal perundangan dan siyasah di negara kita, kita masih baru sahaja dan inipun diperjuangkan PAS di mana PAS pernah tersedar akan limitasi yang terdapat dalam Hudud untuk soal rogol. Semasa PAS Terengganu mengeluarkan draf Hudud yang melibatkan perempuan yang dirogol memerlukan 4 saksi untuk mensabitkan kesalahan itu, ramai orang mengecam termasuk dalam pihak PAS sendiri sehingga ia terpaksa merubah draf tersebut dan mengeluarkan jenayah rogol daripada kesalahan zina dan meletakkannya di bawah Takzir sama seperti yang dianjurkan oleh ulama2 kontemporari seperti Yusuf al-Qardawi dan Sayed al-Tantawi





Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Al-Quran terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner
belajar al quran online belajar mengaji al quran belajar tajwid al quran belajar tarannum al quran belajar membaca al quran belajar bahasa al quran belajar baca al quran belajar quran belajar membaca al quran online cara mudah belajar al quran belajar mengaji al quran online belajar alquran cara belajar al quran mari belajar al quran belajar mukadam kelas belajar al quran software belajar membaca al quran alquran.com alquram belajar al quran percuma www.alquraan belajar quran al baghdadi hukum belajar al quran belajar tafsir al quran belajar al quran bertajwid al quaraan belajar menghafal al quran aplikasi belajar al quran belajar baca al quran online al quram alqoran downloads al quran search al quran al_qur an alquraan.com software belajar al quran belajar murotal al quran belajar al quran digital belajar baca al quran cepat al qoraan al qauran قرانً a lquran alqaran alqoraan alqran.com alquoran alkuran.com qurqn.com www.qouran qurañ alquron alqurane belajar al qur an qraan.com quram.com www.alkuran alqurran belajar al quran cepat belajar al quran download belajar al quran mp3 pentingnya belajar al quran youtube belajar al quran belajar ngaji al quran hadist belajar al quran metode belajar al quran belajar menulis al quran al qurian alkoran al koran al quoran al kouran al-quraan.org www.al kuran.com el quoran qur aan.com full qu ran www.qu ran www.qurqn جوجل قران www.quram www.qurhan www.quraan qruan.com www.alqran qeran.com qurana.com www.qeran www.alguran ققران kelas al quran dewasa kelas mengaji al quran kelas pengajian al quran kelas alquran kelas tafsir al quran kelas al quran al baghdadi kelas kemahiran al quran kelas membaca al quran kelas talaqqi al quran jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran,

KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Sebarkanlah Ilmu Al-Quran !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Borang tempahan khidmat Guru Al-Quran ke rumah anda ( Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN !!!):

Emelkan maklumat dibawah ke " Penyelia.HQ@gmail.com " ATAU hantar melalui ruang komen dibawah sekali :

==================================================

Tajuk/Email Title: " Tempahan Guru Al-Quran / Mandarin "

Isi emel/content:

- Nama penuh anda/pelajar :
- No. Tel anda :
- E-mel anda :

- Jenis Kelas? : (Mandarin? / Quran?)
- Kategori? : (Dewasa ATAU Kanak-Kanak ATAU Keluarga? Lelaki ATAU Wanita?)

- Hari pengajian yang diingini : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian : (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)


- Adakah anda berminat untuk belajar Quran secara online: ( Ya / Tidak )
- Jika ya, nyatakan medium pembelajaran yang diingini: (YM? FB? Skype? Whatsapp? Line?)


- Alamat rumah pelajar: (Kelas akan dibuat secara online jika alamat rumah tidak diisi)
- Negeri anda : (e.g Sarawak)

==================================================