Hakikat Demam
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang
diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu
alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah
Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam
itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah
menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang
tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama
berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di
sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas
api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api
neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan
bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan
demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud
"mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah
dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling
afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam
Memang tidak dinafikan
bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana
kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya kita tidak
dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah
Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan
mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi
wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka. Diriwayatkan
bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke
rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan
dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah
mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu.
Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya
kepada kawan-kawannya
supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah
menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana
sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau
boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.
Mencaci-maki Demam
Selaku seorang muslim
yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila
ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa
demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki
penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang
diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
"Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu
Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".
Nabi Shallallahu
alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana
dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan
(tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa
jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita
syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
Demam Penebus Dosa
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.
Begitu juga hadith yang
diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan
sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini
menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan
dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi, ditimpa demam itu
adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah
yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
"Ya Allah, selamatkanlah
umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq,
Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan
kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka,
kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
belajar al quran online belajar mengaji al quran belajar tajwid al quran belajar tarannum al quran belajar membaca al quran belajar bahasa al quran belajar baca al quran belajar quran belajar membaca al quran online cara mudah belajar al quran belajar mengaji al quran online belajar alquran cara belajar al quran mari belajar al quran belajar mukadam kelas belajar al quran software belajar membaca al quran alquran.com alquram belajar al quran percuma www.alquraan belajar quran al baghdadi hukum belajar al quran belajar tafsir al quran belajar al quran bertajwid al quaraan belajar menghafal al quran aplikasi belajar al quran belajar baca al quran online al quram alqoran downloads al quran search al quran al_qur an alquraan.com software belajar al quran belajar murotal al quran belajar al quran digital belajar baca al quran cepat al qoraan al qauran قرانً a lquran alqaran alqoraan alqran.com alquoran alkuran.com qurqn.com www.qouran qurañ alquron alqurane belajar al qur an qraan.com quram.com www.alkuran alqurran belajar al quran cepat belajar al quran download belajar al quran mp3 pentingnya belajar al quran youtube belajar al quran belajar ngaji al quran hadist belajar al quran metode belajar al quran belajar menulis al quran al qurian alkoran al koran al quoran al kouran al-quraan.org www.al kuran.com el quoran qur aan.com full qu ran www.qu ran www.qurqn جوجل قران www.quram www.qurhan www.quraan qruan.com www.alqran qeran.com qurana.com www.qeran www.alguran ققران kelas al quran dewasa kelas mengaji al quran kelas pengajian al quran kelas alquran kelas tafsir al quran kelas al quran al baghdadi kelas kemahiran al quran kelas membaca al quran kelas talaqqi al quran jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran, jawatan kosong, guru quran, kerja, part time mengajar al-Quran,
KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA KENALAN ANDA.... Sebarkanlah Ilmu Al-Quran !
0 ulasan:
Catat Ulasan
Borang tempahan khidmat Guru Al-Quran ke rumah anda ( Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN !!!):
Emelkan maklumat dibawah ke " Penyelia.HQ@gmail.com " ATAU hantar melalui ruang komen dibawah sekali :
==================================================
Tajuk/Email Title: " Tempahan Guru Al-Quran / Mandarin "
Isi emel/content:
- Nama penuh anda/pelajar :
- No. Tel anda :
- E-mel anda :
- Jenis Kelas? : (Mandarin? / Quran?)
- Kategori? : (Dewasa ATAU Kanak-Kanak ATAU Keluarga? Lelaki ATAU Wanita?)
- Hari pengajian yang diingini : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian : (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)
- Adakah anda berminat untuk belajar Quran secara online: ( Ya / Tidak )
- Jika ya, nyatakan medium pembelajaran yang diingini: (YM? FB? Skype? Whatsapp? Line?)
- Alamat rumah pelajar: (Kelas akan dibuat secara online jika alamat rumah tidak diisi)
- Negeri anda : (e.g Sarawak)
==================================================