Ads 468x60px

Khamis, 26 September 2013

KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN MASA KINI - Baghdadiyah, Qiraati, kaedah Iqra’ dan kaedah Hattawiyah , yang mana satu ?

Fakulti Pendidikan UKM

Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira’. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.
Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra’ dan kaedah Hattawiyah. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut :

1. Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berabad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada  pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.

2. Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud “Bacaanku”   mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ‘Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

3. Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

4. Kaedah Hattawiyyah

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran.





Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Al-Quran terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner
belajar al quran online belajar mengaji al quran belajar tajwid al quran belajar tarannum al quran belajar membaca al quran belajar bahasa al quran belajar baca al quran belajar quran belajar membaca al quran online cara mudah belajar al quran belajar mengaji al quran online belajar alquran cara belajar al quran mari belajar al quran belajar mukadam kelas belajar al quran software belajar membaca al quran alquran.com alquram belajar al quran percuma www.alquraan belajar quran al baghdadi hukum belajar al quran belajar tafsir al quran belajar al quran bertajwid al quaraan belajar menghafal al quran aplikasi belajar al quran belajar baca al quran online al quram alqoran downloads al quran search al quran al_qur an alquraan.com software belajar al quran belajar murotal al quran belajar al quran digital belajar baca al quran cepat al qoraan al qauran قرانً a lquran alqaran alqoraan alqran.com alquoran alkuran.com qurqn.com www.qouran qurañ alquron alqurane belajar al qur an qraan.com quram.com www.alkuran alqurran belajar al quran cepat belajar al quran download belajar al quran mp3 pentingnya belajar al quran youtube belajar al quran belajar ngaji al quran hadist belajar al quran metode belajar al quran belajar menulis al quran al qurian alkoran al koran al quoran al kouran al-quraan.org www.al kuran.com el quoran qur aan.com full qu ran www.qu ran www.qurqn جوجل قران www.quram www.qurhan www.quraan qruan.com www.alqran qeran.com qurana.com www.qeran www.alguran ققران kelas al quran dewasa kelas mengaji al quran kelas pengajian al quran kelas alquran kelas tafsir al quran kelas al quran al baghdadi kelas kemahiran al quran kelas membaca al quran kelas talaqqi al quran

KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Sebarkanlah Ilmu Al-Quran !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Borang tempahan khidmat Guru Al-Quran ke rumah anda ( Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN !!!):

Emelkan maklumat dibawah ke " Penyelia.HQ@gmail.com " ATAU hantar melalui ruang komen dibawah sekali :

==================================================

Tajuk/Email Title: " Tempahan Guru Al-Quran / Mandarin "

Isi emel/content:

- Nama penuh anda/pelajar :
- No. Tel anda :
- E-mel anda :

- Jenis Kelas? : (Mandarin? / Quran?)
- Kategori? : (Dewasa ATAU Kanak-Kanak ATAU Keluarga? Lelaki ATAU Wanita?)

- Hari pengajian yang diingini : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian : (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)


- Adakah anda berminat untuk belajar Quran secara online: ( Ya / Tidak )
- Jika ya, nyatakan medium pembelajaran yang diingini: (YM? FB? Skype? Whatsapp? Line?)


- Alamat rumah pelajar: (Kelas akan dibuat secara online jika alamat rumah tidak diisi)
- Negeri anda : (e.g Sarawak)

==================================================